Bersedia Memberikan Pertolongan
Salah satu daripada amalan yang perlu diterapkan dalam diri seorang
kaunselor adalah kesediaan memberikan pertolongan kepada klien. Selain dari
memberikan perkhidmatan kaunseling menerusi kesanggupan menghulurkan bantuan kepada
klien terutama Non-Muslim secara tidak langsung menyuntik terharu terhadap diri
klien. Islam juga sebenarnya menyeru umatnya menghulurkan bantuan. Firman Allah
:
¢ (#qçRur$yès?ur ’n?tã ÎhŽÉ9ø9$# 3“uqø)G9$#ur
Maksudnya :
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk
membuat kebajikan dan bertaqwa.
(Surah al-Maidah : 2)
Dalam
uslub dakwah terutama kepada Non-Muslim memberikan pertolongan kepada mereka
akan membangkitkan jiwa yang menepati konteks sentuhan hati.
Antara kaedah
memberikan pertolongan kepada Non-Muslim termasuklah :
- · Menyelesaikan masalahnya.
- · Menolong klien menghadapi masalah dengan kaedah yang berkesan.
- · Menolong memahami dirinya.
- · Menolong klien memahami kebolehan dan minatnya.
- · Menolong menerima takdir yang ditentukan ke atasnya.
- · Menolong klien membuat keputusan berpandukan syariat Islam.
- · Menolong klien mencapai aktualisasi diri dalam mengerjakan sesuatu yang diredhai Allah sehingga dapat menikmati kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Menangani klien yang berlainan latar belakang
agama merupakan suatu cabaran kepada Kaunselor Muslim kerana berkemungkinan
menimbulkan prejudis bagi pihak Non-Muslim. Adalah menjadi tanggungjawab
Kaunselor Muslim agar membina hubungan yang baik dengan klien supaya perasaan
negatif akan terhindar dan klien selesa berurusan dengannya. Kesempatan yang
paling baik adalah dengan cara memenangi hatinya dengan kesediaan menghulurkan
bantuan yang mana menunjukkan Kaunselor turut sama merasa empati dan simpati
serta menunjukkan kebersamaan. Ruang dan peluang ini perlulah digunakan
Kaunselor Muslim sehabis baik mungkin untuk tujuan dakwah Islamiah supaya klien
tersebut terbuka hatinya untuk mendekati Islam.
No comments:
Post a Comment